Monday, February 18, 2013

Teknik MAGIK Untuk Berani Kaya & Berjaya


Hari ini saya mahu kongsikan satu MAGIK.


Ya, silap mata yang DIJAMIN JADI.
Untuk membuatkan kita menjadi insan yang lebih:
1) Berani.
2) Kaya.
3) Berjaya.
4) Bersyukur.
5) Bahagia.
Kita boleh gunakan magik ini berkali-kali, apabila
mengimpikan sesuatu.
Magiknya adalah...
"Teknik Tampal Impian"

Berikut adalah langkah demi langkah untuk kita
lakukan magik ini.
Sila ikut dengan penuh teliti. Kalau tidak, magik ini tidak
akan jadi.


1) Kerat  atau print mana-mana impian yang kita mahukan.
Sebagai contoh, kita mahu kondominium yang
eksklusif dan mempunyai reka bentuk idaman yang
diidamkan.
Atau kereta BMW yang selesa untuk bawa jalan
bersama keluarga.


Atau membina masjid yang tersergam indah, di mana
para jemaahnya seronok untuk menyembah Tuhan
yang satu.


2) Tampal gambar itu di tempat yang kita boleh
lihat sebelum tidur, dan juga selepas bangun dari
tidur.

3) Senyum, yakin dan percaya bahawa kita sudah
dapat impian itu.

4) Lihat gambar itu secara konsisten dalam tempoh 30 hari
pertama. 

5) Rasai sendiri betapa dekatnya impian itu dengan kita.



Teknik adalah saya gelarkan MAGIK. Kerana ia berkait 
rapat dengan Law of Attraction.
Kita tarik impian yang kita mahukan.

Di mana 90% manusia yang hidup dalam dunia ini tidak
mempunyai impian. Itu yang menyebabkan hidup mereka
huru-hara, terseksa dan derita.
Ubahsuai hidup kita hari ini menggunakan teknik
magik yang saya kongsikan.

~Dr. Azizan Osman~

Sunday, February 17, 2013

Emel from Dr. Azizan to Hafidz

hafidz azhari, Boleh Ke Awak Jadi Jutawan??

Berdasarkan pengalaman saya berjumpa dengan
orang ramai, saya melihat mereka semua ini
berpotensi menjadi jutawan.


Malah lebih daripada itu.


Ada beberapa insan yang saya lihat mereka
boleh mencapai status billionaire.



Namun realitinya tidak begitu.
Mengapa ya hafidz azhari?



Kerana jiwa mereka kecil.



Orang yang berjiwa kecil, tidak akan memperoleh
hasil yang besar atau berganda.



Pesan sahabat saya iaitu Chef Li,


"Ramai orang tergolong dalam golongan berjiwa
kecil, dan mereka selesa dengan kekecilannya 
sendiri.



Berbelas dan berpuluh tahun hidup dalam
kekecilan. Dikelelingi oleh komuniti orang kecil,
berkawan dengan orang-orang berjiwa kecil.



Lalu kita menjadi sebati dengan jiwa-jiwa kecil
ini, dan tidak lagi mempunyai kemampuan
untuk melihat impian yang besar-besar."



Tambah beliau lagi,
"Kerana impian yang besar haknya adalah
untuk mereka yang berjiwa besar."
Tanya pada diri kita hari ini, hafidz azhari.
Adakah kita memiliki jiwa yang kecil atau
jiwa yang besar?
Orang yang kaya dan berjaya adalah 
mereka yang berjiwa besar.


Mereka memiliki:
1) Impian yang besar.
2) Tindakan yang besar.
3) Rancangan yang besar.



Dengan kata lain, mereka tidak mensia-siakan
setiap saat dalam kehidupannya.

Saturday, February 16, 2013

Cepat Bangun, Kita Terpaksa Kaya Berjaya


Semakin cepat kita pancit, semakin lambat
untuk kita mencapai kejayaan.

Baik.
 pernah tak kita  tonton filem Rocky Balboa?
Yang dibintangi oleh Sylvester Stallone.
Seorang ahli tinju yang mempunyai impian
besar.



Dalam satu adengan cerita beliau, terdapat
satu petikan yang membuatkan saya terdetik
hati untuk berkongsi dengan anda semua.
Ia berkait rapat dengan mencipta kejayaan,
kekayaan dan kebahagiaan.
Petikan itu adalah:
"Tidak kira berapa kali kita jatuh (gagal),
itu bukan soalnya."
Ayat ini yang menjentik hati saya,
"Soalnya adalah berapa cepat kita bangun
daripada kegagalan."
Dalam tinju, selagi mana kita pantas
bangun daripada terjatuh, maka kita
masih lagi belum gagal 100%.


Begitu juga dalam hidup.


Jika kita pernah gagal dan tertiarap,
kegagalan itu tiba apabila kita
memilih untuk tidak lagi bangun.


Oleh yang demikian, lakukan tindakan
ini apabila kita menghadapi
kegagalan atau kesukaran:



1) Segera bangun! Jangan duduk diam
sahaja.

2) Belajar daripada kegagalan. Sentiasa
'try & adjust'.


Cepat bangun, cepat berjaya! ;)


~Dr.Azizan Osman~

Friday, February 15, 2013

Hidup kita penuh dengan alasan?



Siapakah Tony Robbins.
Beliau adalah jurulatih kejayaan yang telah 
membantu lebih dari 1 juta manusia, untuk
hidup lebih sukses.



Daripada orang yang dahulunya hampir 
bunuh diri, kini mempunyai harapan untuk
hidup semula di muka bumi.




Satu daripada perkongsiannya yang telah
mengubah cara Dr. Azizan berfikir adalah,

Ringkasnya, setiap pemimpin atau insan
berjaya sentiasa mencipta jalannya sendiri.


Walaupun ketika itu orang ramai melihat
ia sebagai mustahil untuk kita lakukan.


Para pembaca yang disayang Tuhan.



Jangan sesekali berhenti berjuang. Sentiasa
cari jalan untuk merealisasikan impian yang
kita mahukan.

Wednesday, February 13, 2013

5 Rukun Jutawan



 5 Rukun Jutawan - Allah Berkat, Allah Rahmat :.



Alang-alang hidup, biar sampai jadi jutawan.




Sebagai manusia dan juga hamba Allah yang perkasa, sumbangan 

terhadap ekonomi adalah perkara penting bagi menaiktaraf agama 


dan meninggalkan legasi berkualiti.


Cara paling logik dan mudah untuk deraskan sumber ekonomi

adalah menerusi perniagaan.

Rukun-rukun jutawan seperti di bawah ini boleh kita jadikan'

 sebagai pegangan untuk dekatkan diri dengan magnet jutawan. 



1) Rukun Robert Kiyosaki:




"Beli lebih banyak aset seperti hartanah khususnya. Jual dan

elakkan daripada beli liabiliti. Hanya beli liabiliti apabila sumber

duit pasif kita lebih besar daripada duit aktif."




2) Rukun Ainon Mohd:



"Dalam bisnes gaya Islam, kita tidak bersaing. Kita berlumba-lumba

 untuk berjaya dan membantu satu sama lain. Dengan cara ini,

bisnes lebih cepat berkembang dan mempunyai jaringan komuniti

berduit yang kebal."



3) Rukun Warren Buffet:



"Ada dua peraturan keramat untuk elakkan kita daripada

 berhutang. Peraturan pertama, jangan berhutang. Peraturan kedua?

 Patuh peraturan pertama."


4) Rukun Dr. Azizan Osman



"Untuk jadi jutawan, alihkan fokus utama kita untuk membantu

 selesaikan masalah orang ramai. Gunakan sehabis baik kepakaran

 dan ilmu pengetahuan yang Allah turunkan pada diri kita."



5) Rukun Abdul Rahman bin Auf

Peniaga multi-jutawan yang tersohor dunia dalam lagenda Islam,

 Abdul Rahman bin Auf menjadikan bisnesnya sebagai jambatan

untuk dekatkan diri dengan syurga Allah.



Setiap perolehan rezeki dan harta digunakan sebagai senjata untuk 

bersedekah, zakat dan memajukan agama Islam.






sumber: aqif azizan

Tuesday, February 12, 2013

Semangat mudah pancit.??



Pernahkah kita menghadapi situasi
seperti ini:
1) Semangat membuak-buak untuk
melakukan sesuatu.

2) Esok atau hari seterusnya tenaga 
kita menjadi lembik dan tidak bermaya.


3) Keadaan kembali seperti biasa.


Ini yang biasa berlaku kepada ramai
orang yang kononnya mahu hidup
kaya dan berjaya.

Mereka tidak KONSISTEN.




 rahsia disebalik kejayaan 
adalah melakukan sesuatu berkali-kali.
Tanpa perlu berhenti.

"Ketika kita rasa semangat, maka bertindak
dengan pantas."
"Ketika kita kurang bersemangat, maka
bertindak juga. Walaupun secara perlahan-lahan."
Isunya di sini adalah bertindak walau apa jua
keadaan. Lambat atau cepat itu bukan soalnya.
Jika mahu berubah, maka lakukan sesuatu yang 
luar biasa pada diri sendiri.
kejayaan terletak dalam tangan kita
sendiri, bukan orang lain.
Mari kita bertindak dengan sekecil-kecil
tindakan hari ini.
semoga anda kaya dan berjaya!-DAO