Monday, August 12, 2013

Mampu ke nak bayar hutang?


Syukur alhamdulillah beberapa hari ini dapat berjumpa saudara-mara dan rakan taulan sempena Hari Raya Aidilfitri. Kali ini saya ingin berkongsi tentang hutang. 

Ya, berapa ramai yang membaca tulisan saya ini mungkin pernah orang pinjam duit anda atau berhutang dengan anda dan masih belum dibayar? Ada tak agaknya hutang orang kepada kita yang telah lama dan masih belum berbayar? Ingat siapa yang berhutang dengan anda, berapa mereka pinjam atau belum bayar dan berapa jumlahnya? Jika anda masih ingat, angguk sikit kepala tu dan angkat tangan cakap "Mestilah ingat!".....

Well, alhamdulillah pagi ini sebelum masuk waktu suboh sambil menunggu solat suboh berjemaah di masjid Tengkera, di antara masjid lama di Melaka dekat dengan rumah mak saya, saya tiba-tiba terfikir (Allah swt lah yang beri fikiran tu!), umur saya tahun ini bakal genap 39 tahun dan itu bermakna jika saya akil baligh bermula pada umur 12 tahun (Saya pun tak ingat bila saya akil baligh, mimpi-mimpi "tuuuut", anda ingat? Saya anggarkan 12 tahun lah k!), maka 39 tahun hidup - 12 tahun akil baligh, bermakna saya bertanggungjawab kepada solat 5 waktu saya untuk selama paling kurang selama 27 tahun.

Kemudian saya merenung semula dan membuat satu andaian, SEKIRANYA solat saya tidak sempurna atau tidak cukup 5 waktu, suboh gajah atau lagi teruk suboh "khinzir" (Ini terma untuk saya jika suboh saya adalah membabi buta tidur dan tak bangun atau "tuang" dari umur saya baligh, belum campur solat zohor, asar, maghrib, isya" dan belum campur solat sebab janji buat dan tidak berserta dengan khusyuk, maka saya kira ikut 27 tahun ini didarabkan dengan 365 hari setahun dan didarabkan dengan 5 waktu, maka saya akan dipertanggungjawabkan dan disoal perkara nanti di dalam kubur nanti adalah solat, maka setaka umur sekarang ini 39 tahun, saya akan ditanya tentang 49,275 waktu solat saya. Samada tertinggal, tak khusyuk, tak sempurna, sambil lewa, hujung waktu atau terlepas waktu.......

Kemudian saya berfikir, jika sebagai manusia, bila orang berhutang dengan kita, kita akan BUKAN MAIN lagi ingat, catat, bergaduh, bermasam muka atau bengang selagi ianya tidak dibayar, perghhhh bayangkan "HUTANG SOLAT" saya yang berlambak-lambak tu?

Kemudian saya fikir, patutlah orang-orang tua atau sesetengah orang alim yang sentiasa qada' solat mereka di setiap waktu dengan membuat beberapa kali solat pada waktu tersebut secara bersendirian, contoh, selepas solat zohor berjemaah, mereka akan solat zohor lagi untuk qada' jika ada solat zohor mereka yang terlepas atau tidak sempurna.

Kerana pastinya hutang solat kita dengan Allah swt bakal melambatkan proses kita untuk penentuan syurga neraka nanti. Sesungguhnya soal jawab mungkar nangkir di dalam kubur itu BENAR, hari kebangkitan dan pembalasan itu BENAR, amal kita dihisab itu BENAR, titian sirat itu BENAR, syurga dan neraka itu juga BENAR. Al-Quran itu BENAR dan Rasulullah saw itu juga BENAR.

Jika kita fikirkan hutang kita kepada Allah swt yang banyak tu, mampukah kita nak membayarnya? Dah lah amalan solat pun yang wajib jer itupun kadang-kadang "choc-fudge" tenggelam timbul dan yang sunat tu pun masa masuk "sunat" dengan tok mudin yang last masa kecil dulu (Ala, gurau jer, gurau pun tak boleh?).

Jika mahu ditimbangkan amalan kita ini, memang "MASAK" kita di "sana" nanti.....

Sebab itu selain kita berusaha "menggantikan" solat atau puasa kita, selain daripads kita buat amalan-amalan sunat, sangat penting untuk kita "tutup kebocoran" amalan kita dengan bersedekah, berzakat, berbuat kebaikan, menolong orang susah, menjaga hubungan dengan ibu bapa dan adik beradik, perbanyakkan selawat dan lain-lain amalan tambahan kerana mudah-mudahan sedikit usaha kita ini Allah swt akan pandang dengan rahmat dan redhaNya serta DIA nampak usaha kita untuk memperbaiki diri kita walaupun kita tidak sempurna.

sharing from my mentor Dr Azizan Osman. awesome doc..