Sunday, April 17, 2011

Siapa Aku 5 tahun lagi.. episod 1 per 5

29 April 1991..

aku dilahirkan ke dunia.. pada 3:03 petang dengan berat 3.6 kg.. tapi aku tak menangis.. mungkin terpesona dengan keindahan dunia.. Ya.. dunia yang penuh dengan warna-warninya.. aku memerhati sekeliling ku.. aku melihat doktor mendebah-debah belakang ku.. aduh sakit nya.. akhirnya aku menangis.. tarikh ini juga menjadi sejarah aku menangis saat berada di dunia.. Mengapa aku menangis..? takut dengan dugaan yang ada di dunia yang fana ini.. atau aku menangis menangis sebab melihat ibu ku.. Pasti ibu ku tengah keletihan ketika itu sebab bersusah payah ingin mengeluarkan aku ke dunia.. terima kasih ibu.. 9 bulan aku di jaga dengan baik.. Semua keluarga ku gembira.. kerana aku anak yang sulong.. juga cucu yang sulong di sebelah abah ku.. kerana abah ku anak yang sulong..

18 April 2011

11 hari sebelum hari lahir ku yang ke 20 Tahun.. 20 Tahun bukan suatu angka yang ilusi tetapi realiti yang harus aku tempuhi..Ya  20 tahun.. aku bakal menjangkau umur 20 tahun.. Sejauh mana persediaan diri aku..
adakah sudah melepasi tahap piawaian matang.. tapi bagaimana hendak mengukur tahap matang itu..
pemikiran, tindakan dan pertuturan harus selari dengan tahap usia kita.. teringat satu artikel yang aku baca dalam iluvislam..

Anda semakin matang bila...

1. Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.

2. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan
dan berlaku sebagai biasa.

3.Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

4.Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.

5.Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.

6.Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

7.Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.

8.Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

9.Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

10.Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

11.Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.

12.Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

13Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.

14.Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.

15.Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

16.Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.

17.Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

credits to Iluvislam.com



Ya.. Alhamdulillah 90% sudah berjaya aku lakukan.. cuma 10%.. insyaAllah aku akan cuba lakukan yang terbaik untuk diri aku dan masa depan aku..

Siapa Aku 5 tahun  lagi..

bercakap tentang siapa aku 5 tahun lagi ia merujuk kepada perancangan aku secara menyeluruh dari tahun pertama bermula 29 April 2011.. Ingat ini cuma perancangan.. Allah yang berhak menetukan sama ada ia layak untuk aku atau tidak..


Perancangan untuk tahun pertama


29 April 2011 -- 29 April 2012


Mei 2011
Aku merancang untuk perform yg terbaik dalam final exam.. InsyaAllah aku nak dekan lagi dan juga first class pointer 3.75 and above.
Mei adalah minggu exam jadi aku akn fokus pada exam je.. pulun habis na.. asyik wat bisnes ja..


Jun 2011
Cuti selama 15 minggu.. apa yg aku perlu isi dengan cuti yg terlampau banyak ni.. Minggu pertama aku akn bercuti di kelantan.. berbakti untuk masyarakat di sana.. shopping sakan sikit nak hilang tention.. nak ziarah ulamak di kelantan dan round tempat-tempat istemewa kat sana. happy birthday to ...
Minggu ke 2..

pulang ke  kampung halaman.. masa untuk rehat dan start kembangkan rangkaian bisnes aku di sana.. aku nak jumpe member-member lama and sharing my experience by doing this business to them..
Minggu ke 3 ..
Pakat-pakat dgn business partner aku tok p umah abg lan.. kitaorg nk bertapa kat ZRBMC.. nak jumpa sifu En. Aziz.. ambil banyak2 ilmu networtkmarketing yg dia ada.. nak berguru abis2 dgn DR Ninie, DR Syikin, DR Izwan.. DR apa kg ea yg aku xjumpa.. nak jumpa semua.. DR Ninie bgtau dlm KMD ada 20 org doktor pakar..
Minggu ke 4 ..
kembangkan rangkaian kat umah aku.. make sure all in a right path.. masa ni aku perlu latih diri supaya jadi leader yg hebat dan speaker yg terbaik.. aku perlu asah softskill aku..

Julai 2011

Minggu pertama..
Aku target income 5 figure.. InsyaAllah aku boleh..
jd perlu fokus utk capai target aku ni..
Minggu kedua hingga empat..

Pergi ke ZRBMC untuk timba ilmu sebanyak mungkin..

Ogos 2011
Minggu pertama..
beli sut berharga RM250-500
Minggu kedua..
Pencenkan ibu ku..
setiap bulan RM 300 for her
Minggu ketiga..
Change A new laptop n buy 2 notebook untuk adik2 aku..
aku nak beli laptop vaio VPCSB16FG/B  RM3299 and notebook  VPCYB15AG/P  RM1799x2= RM3598..

Minggu keempat..
aku nak beli camera lak..sony SLT-A55V RM2499..
bulan lapan masa untuk aku shopping..  tak salah kalau kia gamabrkan apa yg kita idamkan.. Dr Azizan Osman kata kalau nak kn sesuatu kita kena rasai dulu.. so aku wat la blog ni for my detail dream beserta cost lg.. ya i want to be a smart accountant.. can manage my own accoun
t..





















September 2011..

Minggu pertama..

lepas raya aku cadang nk tukar pelan telefon aku dari UOX to celcom Executive..
Minggu kedua..

semesta ketiga bermula.. masa untuk aku bina network dgn student2 sem 1.. perbanyakkan contact..
Minggu ketiga..
prepare paperwork utk program kerohanian sem 3.. banyak yg aku delay dari sem ni.. cuba sedaya upaya habis kan projek sebelum bulan 11.. 5 projek for kerohanian DPP TNB..
Minggu keempat..
Meeting group bisnespartner.. tentukan matlamat utk kembangkan rangkaian..

Nov 2011

perancangan akan menjadi sedikit umum.. sbb xlarat nak wat terlampau detail..
aku nk maintain income 5 figure..

Dec 2011
aku nak pencen kan ayah aku.. tu pun kalau dia nak la..
aku nk dia berehat.. da lama bekerja..





 "Ya Allah, bantulah aku untuk dapat mengingati-Mu, mensyukuri-Mu, dan beribadat dengan baik kepada-Mu."  
tidak dilontarkanNya ujian di luar kekuatan setiap diri insan....semoga kita menjadi orang yang sentiasa bersyukur..

to be continued



No comments:

Post a Comment