Monday, January 21, 2013

bila saya berbicara tentang kaya..

Ramai orang melayu takut bila berbicara tentang kaya kenapa.?
takut kaya, takut nanti lupa diri, anggap duit itu tak penting
kerana pemikiran mereka semua telah dijajah sejak kecil lg..
" adik. belajar rajin2 supaya masuk universiti nnt boleh dapat kerja tetap gaji 1800, 2000, 2200" kata kebanyakan famili kita sejak kecil lg..
 sebab tu bila berbicara soal kaya kita sering rasa rendah diri kerna minda kita dah didoktrin hampir 20 tahun dengan persekitaran mulut2 biawak yg ada disekeliling kita. bila kita cuba buat sesuatu untuk menambah nilai dalam kehidupan kita pasti ada suara2 sumbang yg menafikan semua itu.. "bole ke kau berjaya" waima
 hati kita sendiri pun tak yakin." bole ke aku buat" "layak ke aku berjaya"



Saya KAYA dan BERJAYA

ramai orang susah nak sebut perkataan di atas ini.. kenapa?
sebab mereka ada sangkaan buruk pada Allah S.W.T

Nama Allah asmaul husna 100 kurang satu..ada 99.. kita tak kan jumpa dalam nama Allah yg mengatakan 

Allah maha miskin, 

Allah maha kedekut

tidak ada 
yang ada adalah 

Allah maha kaya ,

Allah maha memberi. 

dah kalau kita tak berani nak doa kata
saya kaya dan berjaya 
bermakna kita sangka Dia tak mampu buat kita kaya dan berjaya sedangkan kalau Dia nak jadikan semua org di dunia ini kaya sekelip mata saja.. 
sbb Dia nak lihat siapa yg betol2 nk tingkatkan nilai dan usaha yang ada dlm diri mereka dulu baru Dia memberi apa yg kita inginkan.
kalau kita nak  dunia kena ada  ilmu 
kalau kita nak akhirat kena ada ilmu dan 
kalau nak kedua-duanya perlu ada ilmu.. 
dengan ilmu hidup kita akan meningkat dan dapat menambah nilai pada org lain.. untuk berjaya kita perlu ada ilmu lebih sedikit dari org lain yg xda ilmu

Ilmu kekayaan dan kejayaan

dan bila sy berbicara tentang kaya ia bukan soal duit semata mata.. duit tu cuma sedikit je..

ia soal kaya dengan ilmu,
kaya jiwa,
kaya dengan akhlak 
& kaya dengan sedekah

ramai org bila berbicara soal kaya mereka sering berfikir ttg duit sedangkan skop kaya itu lebih luas lagi jika kita teroka dgn ilmu. jadi utk tingkatkan darjat dah harakat legasi keluarga dan keturunan kita tuntut lah ilmu tentang kejayaan dan kekayaan yg dpt memberi manfaat kepada diri , keluarga dan orang disekeliling kita.

Saya KAYA dan BERJAYA


& saya doakan 
Anda KAYA dan BERJAYA





http://www.majalahniaga.com/berani-2013-2700-peserta-terima-suntikan-inspirasi-kekayaan-kejayaan.html

sedikit perkongsian ilmu dari Dr. Azizan dlm seminar Berani2013@Alor star pada 14 januari 2013 yg lalu

No comments:

Post a Comment