Saturday, June 25, 2011

Jejak kasih yang terpisah 8 tahun dahulu..

2003


6 Anggerik 2003 Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Hampar, Segamat.Johor

Mengikut kalkulator aku dah 8 tahun berlalu.. Banyak sangat kenangan aku kat sekolah rendah ni..tp malu lah aku nk cerita kenangannya sbb pas aku post ada yg tengah tertunggu-tunggu nk baca blog aku ni.. hee jangan mara ye mak cik.. Cuba tgok comel xmuka aku masa darjah enam.. adik aku yg bongsu aku rasa muka sebijik cmtu kot.. tp skg dia baru darjah 3 kat SBH..eh lupa nk bgtaw posisi aku dlm gamba tu dua dari kiri sedang berdiri menghadap kamera.. :)  dulu aku kat sekolah malu gile orangnya.. dari darjah 1 sampai form 4.. pastu berubah skit masa form 5.. then masuk matrik change 360 darjah.. tapi malu tu tetap ada la skit2..

Eh berbalik pada tajuk aku td.. " jejak kasih".. mesti tertanya-tanya apa cerita sebenarnya..

2011

semalam.. eh semalam ke.. da kul 12 mlm ni.. kelmarin la.. dayah ada ajak aku keluar dengan member-member sekolah dulu.. najmi and syahir.. dayah ni masa sekolah rendah duduk sebelah aku.. malu kot duduk sebelah pmpuan.. apa la cikgu ni.. suka rotate2.. dia dah la pendiam.. bila dia pendiam aku lg la.. huu.. tp semalam masa nk jemput dia kat UiTM segamat punya la susah.. susah sebab ape..? dia susah nk angkat hp.. penat aku dgn syahir call dekat 13 kali call baru dia angkat.. pastu nk tggu dia turun pun bukan main lama.. mmg ada bakat jadi mak datin la dia ni.. haha jgn marah ye dayah.. then pas jemput dayah ktorng g taman yayasan amik najmi pula.. then dari taman yayasan terus g restoren arsyad.. turun kan syahir dulu sbb dia xnk duk dlm bonet.. terpaksa dia turun kang xmuat lak nk amik lg sorg kat segamat baru.. nk jemput siapa ek kat sana..??
ktorg nk jemput mantan penolong kelas 6A Hazirah syaza.. cee panggil syaza je.. tp susah kot lidah ak nk sebut nama dia.. memandangkan aku dah berapa kali wat intipan kat umah dia jd ak pun terpaksa ikut najmi p amik dia.. susah gak nk g umah dia.. jln berliku liku + berbukit bukit kalau ikut SAJ la.. haha..

sebenarnya masa sekolah dulu aku xda la rapat dgn syaza ni.. tp ntah cmne cuti ni aku leh rapat dgn dia.. msg2 jela.. call ak rasa baru skali je kot.. suh dia kuar umah sbb ktorg dah tggu  kat bawah pokok depan umah dia..
ni la diorg cik dayah n syaza.. main2 mata lak..

ni dia najmi and syahir.. main mata gak ke.?

Akhirnya kitaorg berlima berkumpul lah kembali setelah 8 tahun terputus hubungan..
kitaorg lepak kat restoren arsyad.. time ni la dpt dgn muka masing2.. xda la jauh beza sgt.. lagi2 cik syaza.. naik brape mililiter je.. hee 
antara sukaneka yg ktorg wat sape mkn paling byk nasi lemak.. dan najmi juaranya.. sbb ak mkn sebungkus je.. yg pmpuan sume diet.. jimat kalau ada awek cm dorg.. g dinner minum air je ..
sukaneka kedua sape cpt abis kn air.. dua2 kalah sbb xabis minum..









Wednesday, May 18, 2011

Pertemuan, Jodoh dan Ajal Ditangan Allah

Pertemuan..

apa yang ada dlm sebuah pertemuan.. setiap org mengidamkn pertemuan dgn org yg di cintai tidak kurang juga yg menginginkn pertemuan dgn insan2 pujaan masing2.. tetapi apa yg aku ingin ceritakan kali ini tentang pertemuan aku dgn Ustaz Mohd Khairul Rahimi bin Ahmad Masduki.. Guru kelas tahsin Al Quran yg aku jalankan.. Dia seperti insan biasa, merupakan seorang staf UUM di College of Art and Science tp aku benar2 tertarik dgn beliau disebabkan ilmu yg ada padanya.. Kesederhanaan hidup beliau sungguh meruntun jiwa ku..
30 April merupakan hari terakhir kelas Tahsin anjuran aku dgn usahasama DPP MAS.. walaupun gabungan dua DPP namun kehadiran pelajar setiap minggu amat menduka citakan aku.. tidak sampai 30 org dari 2 DPP.. 

Kamu insan terpilih.. ujar ustaz khairul.. disaat org lain leka di dalam bilik, asyik berdua-duaan dgn teman wanita. tapi kamu semua berada dalam kuliah ilmu ini.. aku sebagai pengarah projek kadang2 berasa malu dgn ustaz kerana kegagalan aku mencari crowd.. tp yg membuatkan aku terharu ustaz seperti memahami situasi kami.. bukan mudah untuk mengajak pelajar menghadiri kuliah agama pada masa sekarang.. ustaz xkesah berapa ramai yg hadir, yg ada ni pun sudah cukup baik bg ustaz dan ustaz harap program2 seperti ni diteruskan lg.. kata ustaz lg.. ye.. bukan mudah nk buat program cmni.. 3 kali paperwork ak kena reject kat pejabat.. tp alhamdulillah akhir berjaya diluluskan HEP..

jodoh...

jodoh.. apa yg ada pada jodoh.. setiap lelaki amat sukar nk lupakan cinta pertama mereka.. itu adalah fakta.. dan amat menyakitkan apabila lelaki itu seorang yg setia.. kerana lelaki setia tidak akan membalas perbuatan curang kekasihnya.. tp kalau dah xda jodoh xkn masih nk tunggu.. sampai bila harus bersabar.. tp apa yg aku nk cerita kn dlm blog ni bukan sebab jodoh aku yg tidak kesampaian dgn si dia itu.. tp jodoh ak tidak bersama forensic accounting.. teramat kecewa aku bila lecturer mengatakan yg student pure accounting terpaksa ambil tambahan 4 paper baru disebabkan UUM ingin kami grad dgn sijil profesional CIMA.. apa tu CIMA.?? Chartered Institute of Management Accountants...  satu-satunya universiti yg buat usaha sama dgn CIMA kat asia ni.. pelajar dari universiti lain perlu ada master atau 3 tahun pengalaman kerja sekiranya ingin ambil CIMA ini.. jd untuk aku dpt kn CIMA kos lepasnya adalah forensic accounting.. mungkin xda jodoh aku dgn forensic accounting.. xpelah.. perancangan Allah mengatasi segalanya.. mungkin ada hikmah disebaliknya.. Aku ada try wat research sikit ttg rate salary with CIMA qualification.. not bad.. around RM 120,000 per annum.. mean 5 figure a month.. tp duit xboleh membeli kebahagian.. dgn duit kita tak mampu membeli cinta yg hilang.. its just a figure.. forget it...


Ajal..

kita tak tahu bila ajal kita.. tp bila tiba masanya.. sesaat tidak boleh diundur, seminit tidak boleh di tangguh.. ajal kita di tangan Allah.. bersedialah..

Sunday, April 17, 2011

Siapa Aku 5 tahun lagi.. episod 1 per 5

29 April 1991..

aku dilahirkan ke dunia.. pada 3:03 petang dengan berat 3.6 kg.. tapi aku tak menangis.. mungkin terpesona dengan keindahan dunia.. Ya.. dunia yang penuh dengan warna-warninya.. aku memerhati sekeliling ku.. aku melihat doktor mendebah-debah belakang ku.. aduh sakit nya.. akhirnya aku menangis.. tarikh ini juga menjadi sejarah aku menangis saat berada di dunia.. Mengapa aku menangis..? takut dengan dugaan yang ada di dunia yang fana ini.. atau aku menangis menangis sebab melihat ibu ku.. Pasti ibu ku tengah keletihan ketika itu sebab bersusah payah ingin mengeluarkan aku ke dunia.. terima kasih ibu.. 9 bulan aku di jaga dengan baik.. Semua keluarga ku gembira.. kerana aku anak yang sulong.. juga cucu yang sulong di sebelah abah ku.. kerana abah ku anak yang sulong..

18 April 2011

11 hari sebelum hari lahir ku yang ke 20 Tahun.. 20 Tahun bukan suatu angka yang ilusi tetapi realiti yang harus aku tempuhi..Ya  20 tahun.. aku bakal menjangkau umur 20 tahun.. Sejauh mana persediaan diri aku..
adakah sudah melepasi tahap piawaian matang.. tapi bagaimana hendak mengukur tahap matang itu..
pemikiran, tindakan dan pertuturan harus selari dengan tahap usia kita.. teringat satu artikel yang aku baca dalam iluvislam..

Anda semakin matang bila...

1. Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.

2. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan
dan berlaku sebagai biasa.

3.Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

4.Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.

5.Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.

6.Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

7.Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.

8.Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

9.Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

10.Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

11.Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.

12.Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

13Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.

14.Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.

15.Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

16.Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.

17.Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

credits to Iluvislam.com



Ya.. Alhamdulillah 90% sudah berjaya aku lakukan.. cuma 10%.. insyaAllah aku akan cuba lakukan yang terbaik untuk diri aku dan masa depan aku..

Siapa Aku 5 tahun  lagi..

bercakap tentang siapa aku 5 tahun lagi ia merujuk kepada perancangan aku secara menyeluruh dari tahun pertama bermula 29 April 2011.. Ingat ini cuma perancangan.. Allah yang berhak menetukan sama ada ia layak untuk aku atau tidak..


Perancangan untuk tahun pertama


29 April 2011 -- 29 April 2012


Mei 2011
Aku merancang untuk perform yg terbaik dalam final exam.. InsyaAllah aku nak dekan lagi dan juga first class pointer 3.75 and above.
Mei adalah minggu exam jadi aku akn fokus pada exam je.. pulun habis na.. asyik wat bisnes ja..


Jun 2011
Cuti selama 15 minggu.. apa yg aku perlu isi dengan cuti yg terlampau banyak ni.. Minggu pertama aku akn bercuti di kelantan.. berbakti untuk masyarakat di sana.. shopping sakan sikit nak hilang tention.. nak ziarah ulamak di kelantan dan round tempat-tempat istemewa kat sana. happy birthday to ...
Minggu ke 2..

pulang ke  kampung halaman.. masa untuk rehat dan start kembangkan rangkaian bisnes aku di sana.. aku nak jumpe member-member lama and sharing my experience by doing this business to them..
Minggu ke 3 ..
Pakat-pakat dgn business partner aku tok p umah abg lan.. kitaorg nk bertapa kat ZRBMC.. nak jumpa sifu En. Aziz.. ambil banyak2 ilmu networtkmarketing yg dia ada.. nak berguru abis2 dgn DR Ninie, DR Syikin, DR Izwan.. DR apa kg ea yg aku xjumpa.. nak jumpa semua.. DR Ninie bgtau dlm KMD ada 20 org doktor pakar..
Minggu ke 4 ..
kembangkan rangkaian kat umah aku.. make sure all in a right path.. masa ni aku perlu latih diri supaya jadi leader yg hebat dan speaker yg terbaik.. aku perlu asah softskill aku..

Julai 2011

Minggu pertama..
Aku target income 5 figure.. InsyaAllah aku boleh..
jd perlu fokus utk capai target aku ni..
Minggu kedua hingga empat..

Pergi ke ZRBMC untuk timba ilmu sebanyak mungkin..

Ogos 2011
Minggu pertama..
beli sut berharga RM250-500
Minggu kedua..
Pencenkan ibu ku..
setiap bulan RM 300 for her
Minggu ketiga..
Change A new laptop n buy 2 notebook untuk adik2 aku..
aku nak beli laptop vaio VPCSB16FG/B  RM3299 and notebook  VPCYB15AG/P  RM1799x2= RM3598..

Minggu keempat..
aku nak beli camera lak..sony SLT-A55V RM2499..
bulan lapan masa untuk aku shopping..  tak salah kalau kia gamabrkan apa yg kita idamkan.. Dr Azizan Osman kata kalau nak kn sesuatu kita kena rasai dulu.. so aku wat la blog ni for my detail dream beserta cost lg.. ya i want to be a smart accountant.. can manage my own accoun
t..





















September 2011..

Minggu pertama..

lepas raya aku cadang nk tukar pelan telefon aku dari UOX to celcom Executive..
Minggu kedua..

semesta ketiga bermula.. masa untuk aku bina network dgn student2 sem 1.. perbanyakkan contact..
Minggu ketiga..
prepare paperwork utk program kerohanian sem 3.. banyak yg aku delay dari sem ni.. cuba sedaya upaya habis kan projek sebelum bulan 11.. 5 projek for kerohanian DPP TNB..
Minggu keempat..
Meeting group bisnespartner.. tentukan matlamat utk kembangkan rangkaian..

Nov 2011

perancangan akan menjadi sedikit umum.. sbb xlarat nak wat terlampau detail..
aku nk maintain income 5 figure..

Dec 2011
aku nak pencen kan ayah aku.. tu pun kalau dia nak la..
aku nk dia berehat.. da lama bekerja..





 "Ya Allah, bantulah aku untuk dapat mengingati-Mu, mensyukuri-Mu, dan beribadat dengan baik kepada-Mu."  
tidak dilontarkanNya ujian di luar kekuatan setiap diri insan....semoga kita menjadi orang yang sentiasa bersyukur..

to be continued



Tuesday, April 12, 2011

My Daily Life...

Sem 2 dah pun nak abis.. tp sem ni aku rasa sem paling hebat utk aku lalui because for me everyday give me a great of pressure.. dari situ aku belajar segalanya.. how to deal with everything, how to make a decision without hurting any heart.. how to manage my time and how to control my emotion.. yeah bila kita dibawah tekanan mesti banyak benda yg kita xpuas hati.. dari situ aku belajar mcm mane nak kawal diri aku supaya jd lebih matang lagi because everyday i deal with a lot of people.. meeting sana, meeting sini.. sampai kan dalam  sehari ada 3 meeting yg bertindih.. bila dah jd org sibuk penting ni mmg xda masa utk diri.. x mcm pelajar lain.. ada masa nk dating, jalan2, main game, tidur.. tp aku.. jadual seawal 6 pg hingga 2 pg keesokan nya.. that is my daily life.. why i become like this ya..?? maybe sebab ini lah satu2 nya proses utk aku develop diri aku habis- habis..
dah nk deadline kot.. 29 april ni.. at least adalah sedikit perbezaan aku setahun yg lalu dgn aku yg sekarang..
lecturer account aku masa form 4 pernah cakap.. dare to be different..
sampai sekarang aku pegang kata2 dia.. dan aku nk bukti kan yg aku mmg berbeza dgn lelaki lain.. berani melakukan perubahan dan transformasi diri..
Syukur Alhamdulillah bisnes aku berkembang maju.. cee cm wat bisnes besar lak..hee tp sekurang-kurangnya aku ada peluang.. pasni tiap2 bulan aku pulak bg family duit.. n matlamat terbesar aku hujung tahun ni aku nk pencen kan ayah aku insyaAllah.. sudah tiba masanya utk dia berehat.. tp nk ke dia bersara awal.??? kat sini aku dah cuba sampaikn yg aku ingin jd yg lain dari mahasiswa lain..
yela pelajar lain ujung bulan dok sibuk mnx duit family.. katanya duit xcukup.. then sampai bila nk mnx duit family.. dah kerja nnt belum tentu dapat bg family duit tiap2 bulan dgn nk bayar duit ptptn lg.. sewa, bill, tol, n sara diri sendiri.. selesakn duduk dlm zon selesa.. cam yg pernah aku lalui dulu.. pasni bila bisnes aku da kukuh.. masa utk aku tolak JPA aku.. bebas.. lama kot 8 tahun kena ikat kontrak.. bila ada kontrak susah la sebab diri kita dah terikat.. sbb aku igt pas degree nk sambung master.. then PhD.. yela hobi kan..?
mesti pelik..?? hobi ape pulak ni.. xda la aku skg tgh menjadikn accounting ni sbg hobi aku.. so bila dah jd hobi kta belajar jela.. hebat x.?? hee aku kn dah ada career skg.. E Learning Consultant.. ni jawatan aku skg..
wat part time tp dgn minda full time.. hee
Alhamdulillah kami di group UUM ni dpt leader yg sgt supportive..
Mejar Dr. Rusyainie atau aku panggil kak nini.. dia sanggup turun dari KL setiap minggu tok support kami kat UUM ni.. kalau nk tahu kak nini ni pakar psikiatri kat HUKM.. tahu2 je la hidup doktor cmne.. oncall je.. aritu habis je oncall terus tolak dr KL ke UUM dgn suami dia abg razif seorang engineer.. ak xkn menghampakn harapan kak nini yg nk tgok kami semua berjaya mcm kat nini.. group aku ni mmg kebanyakn  leader2 nya adalah golongan profesional.. doktor je 9 org.. semuanya pakar.. Mejar doktor izwan seorang jutawan.. hebat2.. org pernah berkata.. kalau nk berguru.. bergurulah dgn org yg dah berjaya.. InsyaAllah aku akn amik sebanyak ilmu dari dorg.. kalau seorang doktor yg sibuk boleh berjaya dalam bisnes kenapa tidak seorang bakal akauntan forensik..
ttg lagu back ground ni xda pape maksud.. member aku ada buka so aku try la letak sini.. cm bersemangat je lagu dia.. tp lirik kecewa kot..

Wednesday, April 6, 2011

Othman Yeop Abdullah graduate School of Business

10 bulan aku berada kat UUM ni..
a lot of thing i have learn.. mmg banyak sgt.. so hari ni ak nk kongsi pengalaman yg telah aku lalui selama sebulan lebih sampai sekarang yg aku rasa mmg betul2 merubah hidup aku..
Sebulan yg lalu aku terfikir yg aku sekarang ni student accounting belajar pula dekat College of Business UUM.. before aku graduate takkn aku xda bisnes nk buat.. itu yg bermain dlm minda aku sebulan lebih yg lalu.. di takdir kn aku telah bertemu dgn satu bisnes yg luar biasa hebatt nya.. dari segi produk yg begitu hebat hingga la ke plan marketing yg terhebat. Subhanallah.. mudah sgt bisnes ni.. tak perlu la aku cerita apa bisnes nya. kalau nak tahu tgok la fb aku.. apa yg aku bawak saat ni adalah suatu perjuangan utk memajukan pendidikan org melayu dan juga ekonomi islam.. sampai bila bangsa kita nk terus berada dlm zon selesa..  langkah yg aku ambil sebulan lebih yg lalu adalah dgn keluar dari zon selesa aku..
maklumlah pelajar JPA.. mewah dr pelajar PTPTN.. tp aku terfikir.. lepas ak grad nnt..
 JPA still terus nk support idup aku ke..?? confirm ke kalau aku grad terus dpt kerja..?? dgn gaji RM2500 maksimum utk pelajar lepasan degree cukup ke aku nk idup.. nak bayar kereta, sewa rumah, bil, minyak, sara diri, bg family dan nk simpan tok kahwin lg.. cukup ke..?
X cukup semua ni..
MMG xcukup..
 kerajaan menyatakan setiap pendapatan 3 ribu kebawah di gelar miskin kota kalau duduk di bandar besar..dan layak mendapat zakat..
4 tahun lagi berapa nilai RM 2500 pada ekonomi..
mungkin ibarat RM250 JE,,
apa plan B kita kalau jd semua yg aku nyata kn di atas..??
aku xnk ceita panjang tp aku nk bukti kn yg lepasan Othman Yeop Abdullah graduate School of Business bukan calang2 org..
walaupun sekarang aku masih lg dlm tahun pertama dan baru memulakan perniagaan selama sebulan lebih tp aku dah mampu menjana pendapatan aku sendiri sebanyak 4 angka..
four figure income earner.. mmg minat aku dari darjah 3 lg suka meniaga.. tp ni bisnes yg paling hebat pernah aku ceburi.. dgn ilmu yg ada skrg aku yakin aku mampu pergi lebih jauh dgn career aku skg.. dan semestinya study tetap number 1.. full time aku study.. tp part time aku business man..

Aku xmampu nk bagi ceramah agama di hadapan orang ramai, tp yg aku mampu bg peluang utk kwn2 aku ubah ekonomi hidup diorg.. samapai bila ekonomi kita nk di kuasai bangsa lain.. aku sedih sgt tgok bangsa melayu.. kalau meniaga pun kedai kecik2 tepi jln.. kalau nk cari kedai yg berpremis besar.. bole kira dgn jari..
sampai bila nk mcm ni.. terlalu sgt duduk dlm zon selasa.. InsyaAllah aku akn cuba bantu bangsa aku sehabis baik..
mahasiswa agen transformasi..
lawan tetap lawan..

Wednesday, March 9, 2011

aku tetap aku

Alhamdulillah.. setelah sekian lama kalinya.. dpt gak aku tulis balik blog ak ni.. 2 bulan ni ak mmg sibuk skit.. sbb nk urus mcm2 benda.. dan skg ni da kurang skit kot rasanya..tp still busy actually.. aku 2 bulan lalu masih sama lg dgn aku yg skg.. ak xbrape sihat sebenarnye ni.. tetiba pula demam.. cuma aku nk katakn yg aku akn mengalami proses transformasi diri dlm 3 hgga 6 bulan akn dtg..insyaAllah.. everything will change..

Saturday, January 29, 2011

:)

rasenya da lama xupdate blog ni.. Mmg hidup aku huru hara sejak pgg jwatan ni..tidur pun 3 jam.. Mkn pun smpai xda masa.. Penah aku mkn sekali je sehari.. Punya la sibuk.. Sbb ak wat 4 benda dlm satu masa.. Byk juga mgkin lepas ni akn jd 5 benda pulak kot dlm satu masa.. Tp yg penting aku pejuangkn islam.. Aku xnk islam hanya pada nama.. Aku terpaksa melabur dekat rm300 utk pulih kan sistem hidup aku yg huru hara ni.. Bilik aku xyah ckp la.. Berselerak.. Masa utk diri sendiri mmg xda.. Alhamdulillah setakat ni aku masih mampu tangani stresss.. Bkn mudah nk jd org yg hebagt ni.. Kena di latih dan di bentuk.. Sekarang ni aku tgah dlm proses transformasi secara menyeluruh.. Apa yg ada dlm mind aku skg adalah aku dan umat islam.. InsyaAllah kalau kita bantu agama Allah, Allah akn bantu kita.. Nntikan kemunculan hafidz yg baru.. Hee