Wednesday, January 30, 2013

Biawak your fired


Sampai kiamat pun kita tidak akan berjaya.
Jika dalam diri kita masih lagi dibelenggu dengan golongan
biawak.
Apa yang saya maksudkan dengan golongan ini?


========================
Golongan Biawak? Apakah?
========================



Mereka adalah golongan yang suka sgt untuk:
1) Merendahkan motivasi diri diri kita untuk berubah.
2) Mengeji kita.
3) Mencaci apa sahaja yang kita buat, lebih-lebih lagi
jika ia berkaitan dengan benda yang baik.


Menghina adalah kepakaran utama golongan biawak.
Jika kita nak berjaya, langkah terbaik
jauhkan diri daripada golongan ini.
BERANI untuk BERUBAH.
BERANI untuk meninggalkan golongan-golongan
biawak ini.

Ini antara apa yg Dr. Azizan katakan selepas meninggalkan golongan biawak dalam hidup beliau.
Saya sendiri merasai perubahan hidup 360 darjah, selepas
meninggalkan mereka.
Hari ini, saya hidup dengan orang yang komited untuk
berjaya.
Lebih mengujakan, para sahabat saya kini adalah mereka
yang sentiasa menyokong apa yang saya mahu lakukan.

Tidak cukup dengan itu, mereka memberikan idea yang
luar biasa untuk menambahnilai perjuangan saya.
so apa tunggu lagi..  tinggalkan golongan biawak sekarang.
Kemudian jumpa kita di puncak kejayaan.

No comments:

Post a Comment