Thursday, January 31, 2013


Nak berjaya kena ada L.U.C.K!:-



L- Logistic (Lokasi): 



Di mana anda berada serta di kelilingi siapa adalah amat penting. Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya adalah jika kita mahu mengenali seseorang itu, kita lihat siapa kawan dia. Saidina Ali KWJ pula pernah berkata, berkawan dengan penjual minyak wangi, kita akan terpalit baunya. Jika anda sentiasa di lokasi majlis ilmu, pastilah tidak sama dengan jika anda "lepak" di lokasi yang tidak bermanfaat. Jika anda di kelilingi oleh rakan yang positif serta berjaya, pasti tidak sama dengan sebaliknya. 



U- Understanding:



Memahami & menghayati tentang sesuatu perkara akan memudahkan kita berjaya. Ramai orang cuba melakukan sesuatu perkara dengan ikut-ikutan dan tidak faham kenapa atau bagaimana, ia menjadi satu perkara yang amat berisiko. 

C- Commitment:



Orang yang berjaya adalah mereka yang berikan komitmen bukan 100% tetapi lebih dari itu. Mereka beri komitmen terutamanya di dalam tindakan! Mereka lakukan lebih dari apa yang sepatutnya. 

K- Knowledge:


Kunci terakhir adalah ilmu pengetahuan & ilmu pengalaman. Orang yang berilmu tidak akan sama taraf hidup mereka dibandingkan dengan yang tidak berilmu. Ilmu boleh menaikkan kualiti hidup seseorang dalam masa yang paling singkat. Rasulullah saw pernah bersabda, jika kamu mahukan dunia, hendaklah dengan ilmu. Jika kamu mahukan akhirat, hendaklah dengan ilmu. Dan jika kamu mahukan dunia & akhirat, hendaklah dengan ilmu. 

Semoga ini membantu anda memahami LUCK anda serta bagaimana memperbaikinya. 

Anda adalah siapa kawan anda- Saidina Ali KWJ. 







No comments:

Post a Comment