Thursday, January 31, 2013


Nak berjaya kena ada L.U.C.K!:-



L- Logistic (Lokasi): 



Di mana anda berada serta di kelilingi siapa adalah amat penting. Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya adalah jika kita mahu mengenali seseorang itu, kita lihat siapa kawan dia. Saidina Ali KWJ pula pernah berkata, berkawan dengan penjual minyak wangi, kita akan terpalit baunya. Jika anda sentiasa di lokasi majlis ilmu, pastilah tidak sama dengan jika anda "lepak" di lokasi yang tidak bermanfaat. Jika anda di kelilingi oleh rakan yang positif serta berjaya, pasti tidak sama dengan sebaliknya. 



U- Understanding:



Memahami & menghayati tentang sesuatu perkara akan memudahkan kita berjaya. Ramai orang cuba melakukan sesuatu perkara dengan ikut-ikutan dan tidak faham kenapa atau bagaimana, ia menjadi satu perkara yang amat berisiko. 

C- Commitment:



Orang yang berjaya adalah mereka yang berikan komitmen bukan 100% tetapi lebih dari itu. Mereka beri komitmen terutamanya di dalam tindakan! Mereka lakukan lebih dari apa yang sepatutnya. 

K- Knowledge:


Kunci terakhir adalah ilmu pengetahuan & ilmu pengalaman. Orang yang berilmu tidak akan sama taraf hidup mereka dibandingkan dengan yang tidak berilmu. Ilmu boleh menaikkan kualiti hidup seseorang dalam masa yang paling singkat. Rasulullah saw pernah bersabda, jika kamu mahukan dunia, hendaklah dengan ilmu. Jika kamu mahukan akhirat, hendaklah dengan ilmu. Dan jika kamu mahukan dunia & akhirat, hendaklah dengan ilmu. 

Semoga ini membantu anda memahami LUCK anda serta bagaimana memperbaikinya. 

Anda adalah siapa kawan anda- Saidina Ali KWJ. 







Wednesday, January 30, 2013

Biawak your fired


Sampai kiamat pun kita tidak akan berjaya.
Jika dalam diri kita masih lagi dibelenggu dengan golongan
biawak.
Apa yang saya maksudkan dengan golongan ini?


========================
Golongan Biawak? Apakah?
========================



Mereka adalah golongan yang suka sgt untuk:
1) Merendahkan motivasi diri diri kita untuk berubah.
2) Mengeji kita.
3) Mencaci apa sahaja yang kita buat, lebih-lebih lagi
jika ia berkaitan dengan benda yang baik.


Menghina adalah kepakaran utama golongan biawak.
Jika kita nak berjaya, langkah terbaik
jauhkan diri daripada golongan ini.
BERANI untuk BERUBAH.
BERANI untuk meninggalkan golongan-golongan
biawak ini.

Ini antara apa yg Dr. Azizan katakan selepas meninggalkan golongan biawak dalam hidup beliau.
Saya sendiri merasai perubahan hidup 360 darjah, selepas
meninggalkan mereka.
Hari ini, saya hidup dengan orang yang komited untuk
berjaya.
Lebih mengujakan, para sahabat saya kini adalah mereka
yang sentiasa menyokong apa yang saya mahu lakukan.

Tidak cukup dengan itu, mereka memberikan idea yang
luar biasa untuk menambahnilai perjuangan saya.
so apa tunggu lagi..  tinggalkan golongan biawak sekarang.
Kemudian jumpa kita di puncak kejayaan.

Azizan Style


10 Formula Hidup Asas & Mudah 




#1 Tidak bergerak satu zarah pun melainkan dengan izin Allah swt.

#2 Tidak Dia jadikan sesuatu dengan sia-sia, pasti ada HIKMAH/ Sebab/ Manfaat.

#3 Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada ramai orang lain/ makhluk lain. 

#4 Orang yang bersyukur akan mendapat lebih banyak nikmatNya

#5 Orang yang bersedekah paling beruntung dunia akhirat.

#6 Senyuman itu satu sedekah

#7 Buat sesuatu dengan sabar kerana mahukan redhaNya & kasih sayangNya bukan kerana nakkan kiraan pahalaNya

#8 Ikhlas adalah biasakan buat lebih dari yang sepatutnya samada secara percuma atau tanpa extra charge/ request 

#9 Apa yang kita fikir, rasa, cakap dan buat adalah Doa.

#10 Tuhan menilik hati-hati kita dan niat kita, Dia juga mengikut sangkaan kita. Perbaiki niat dan sangkaan kita nescaya Dia akan perbaiki hidup kita. 

InsyaALLAH saya pasti hadamkan 10 basic and simple formula ini..

Thursday, January 24, 2013

Alhamdulillah


 BERSYUKUR

ramai di antara kita tak tahu bersyukur..
serius..


kita hanya akan ucap syukur hanya bila dapat nikmat yg besar2 je..
contohnya  bila kita dapat bonus..cuba tanya diri kita semua..
bersyukur tak masa dpt gaji tiap2 bulan??
ke merungut tak cukup, bos tak berhati perut lah, itulah, inilah..
tp tindakan kearah utk mengubah ketidakselesaan, kekurangan tu takda pun..
 mulut je bising tak puas hati dgn apa yg dpt.. betul tak?
selagi kita tak reti nak bersyukur, 
kaya dan berjaya bukan milik anda..

zahirkan kesyukuran kita dgn banyak MEMBERI..
kebanyakan org kita ni kedekut..
nak tggu kaya baru nak sedekah..
ada lebih baru nak memberi..
 siapa punya konsep dipakai pun xtau lah..
Antara punca tangan kita berat nak memberi adalah sbb kita tak nak keselesaan kita dirampas..betul tak?

Contoh Dr. Azizan ada beri
kalau biasa hisap rokok 4 kotak sebulan, apa kata beli 3 kotak je dan duit bg harga sekotak rokok lg disedekahkan kepada yg memerlukan..
senang kan..
tp kenapa kita tak buat?
sbb kita tak nak korbankan 'keselesaan' hisap 4 kotak rokok tu..
jd, bila kita tak sanggup nak buat benda kecik mcm tu, 
berangan jelah nak jd kaya dan berjaya..


lg banyak kita share kepada org lain, lg banyak Allah kan beri pd kita..
takda sapa bankrupt kalau bersedekah..
makin bertambah rezeki adalah..
jgn kata tak ada duit..
klu kita ada 1 sen sekalipun, kita masih ada duit..
dan selalunya Allah bg seseorang itu kekayaan sbb orang itu ringan tangan memberi..

Mcm saya selalu ckp, rezeki yg Allah bg sebenarnya bukan semua utk kita..tapi ada  sebahagian utk diberi pada org lain..
kita hanya sebagai perantara dimana rezeki itu diberi pd kita dan kita perlu bagi pada org lain..
sebab itu kita tak boleh tamak



Langkah pertama utk berjaya


Ramai orang mahu melakar kejayaan dalam
hidup mereka. tak kiralah dlm apa jua jenis kejayaan yg ingin dikecapi.

Dalam masa yang sama, ramai juga yang
gagal dalam langkah pertama mereka, untuk
mengubah kehidupan secara total.
 
langkah pertama adalah segala-galanya.
 
Jadi, apakah langkah pertama yang di
maksudkan?
 
BERANI.
 
1) Berani untuk berimpian.
 
2) Berani untuk mencari mentor.
 
3) Berani untuk mencari sistem yang terbukti berkesan
 
4) Berani untuk menjadi lebih kaya dan berjaya.
 
5) Berani untuk bertindak.
 
Jika kita tidak berani, maka semua impian
akan tergendala.
 
Orang yang hebat, adalah orang yang memiliki
keberanian yang luar biasa.
 

 
BERANI 2013.
 
Program ini unik, dan fokusnya adalah untuk
mentransformasikan diri kita
 
Dari seorang yang biasa-biasa, menjadi insan yang
luar biasa hebat, luar biasa kaya dan luar biasa
kaya.

Dr.AzizanOsman

How to be a Millionaire.?


Alhamdulillah setiap pagi pasti ada email yg dihantar dari Dr.AzizanOsman ke email student saya. Bukan email dari beliau je malah dari Brendon Burchard. Siapa Bredon Burchard ni.? Nantikan cerita tentang dia yg saya akan cerita di post akn datang. 

Hari ini saya nak cerita tentang email yg dihantar oleh Dr.AzizanOsman yg bertajuk

"Bagaimana untuk kita menjadi jutawan?"
 
Sebelum itu, semua orang perlu faham tentang beberapa
prinsip untuk menjadi seorang jutawan.
 
1) Jutawan adalah insan yang komited dalam
menambah nilai (add value) dalam diri orang
ramai.
 
2) Jutawan seorang yang bekerja keras dan
mencintai apa yang mereka lakukan.
 
3) Jutawan sentiasa m_____s matlamat mereka
di atas kertas.
 
====================
Apa Jawapan Point Ketiga?
====================
 
Jawapan untuk point nombor 3 adalah...
 
MENULIS.

Yeah.. menulis
 
Setiap jutawan menulis IMPIAN mereka di atas
kertas.
 
Kenapa?
 
Apabila impian itu dizahirkan dalam bentuk tulisan,
ia memberikan ruang untuk kita lebih dekat dengan
kejayaan.
 
Kita sendiri merasainya, apabila kita mula menulis
impian yang kita mahukan.
 
Oleh itu, tulis matlamat kita di atas kertas
sekarang.
 
Berikut langkah mudah untuk kita
menjadi seorang jutawan:
 
1) Ambil pen.
 
2) Ambil kertas.
 
3) Tulis apa yang kita mahukan dalam hidup ini.
 
Kemudian rasai sendiri emosinya, apabila kita
sudah mula menulis.
 
Pasti rasa "lain macam."


 

Monday, January 21, 2013

bila saya berbicara tentang kaya..

Ramai orang melayu takut bila berbicara tentang kaya kenapa.?
takut kaya, takut nanti lupa diri, anggap duit itu tak penting
kerana pemikiran mereka semua telah dijajah sejak kecil lg..
" adik. belajar rajin2 supaya masuk universiti nnt boleh dapat kerja tetap gaji 1800, 2000, 2200" kata kebanyakan famili kita sejak kecil lg..
 sebab tu bila berbicara soal kaya kita sering rasa rendah diri kerna minda kita dah didoktrin hampir 20 tahun dengan persekitaran mulut2 biawak yg ada disekeliling kita. bila kita cuba buat sesuatu untuk menambah nilai dalam kehidupan kita pasti ada suara2 sumbang yg menafikan semua itu.. "bole ke kau berjaya" waima
 hati kita sendiri pun tak yakin." bole ke aku buat" "layak ke aku berjaya"



Saya KAYA dan BERJAYA

ramai orang susah nak sebut perkataan di atas ini.. kenapa?
sebab mereka ada sangkaan buruk pada Allah S.W.T

Nama Allah asmaul husna 100 kurang satu..ada 99.. kita tak kan jumpa dalam nama Allah yg mengatakan 

Allah maha miskin, 

Allah maha kedekut

tidak ada 
yang ada adalah 

Allah maha kaya ,

Allah maha memberi. 

dah kalau kita tak berani nak doa kata
saya kaya dan berjaya 
bermakna kita sangka Dia tak mampu buat kita kaya dan berjaya sedangkan kalau Dia nak jadikan semua org di dunia ini kaya sekelip mata saja.. 
sbb Dia nak lihat siapa yg betol2 nk tingkatkan nilai dan usaha yang ada dlm diri mereka dulu baru Dia memberi apa yg kita inginkan.
kalau kita nak  dunia kena ada  ilmu 
kalau kita nak akhirat kena ada ilmu dan 
kalau nak kedua-duanya perlu ada ilmu.. 
dengan ilmu hidup kita akan meningkat dan dapat menambah nilai pada org lain.. untuk berjaya kita perlu ada ilmu lebih sedikit dari org lain yg xda ilmu

Ilmu kekayaan dan kejayaan

dan bila sy berbicara tentang kaya ia bukan soal duit semata mata.. duit tu cuma sedikit je..

ia soal kaya dengan ilmu,
kaya jiwa,
kaya dengan akhlak 
& kaya dengan sedekah

ramai org bila berbicara soal kaya mereka sering berfikir ttg duit sedangkan skop kaya itu lebih luas lagi jika kita teroka dgn ilmu. jadi utk tingkatkan darjat dah harakat legasi keluarga dan keturunan kita tuntut lah ilmu tentang kejayaan dan kekayaan yg dpt memberi manfaat kepada diri , keluarga dan orang disekeliling kita.

Saya KAYA dan BERJAYA


& saya doakan 
Anda KAYA dan BERJAYA





http://www.majalahniaga.com/berani-2013-2700-peserta-terima-suntikan-inspirasi-kekayaan-kejayaan.html

sedikit perkongsian ilmu dari Dr. Azizan dlm seminar Berani2013@Alor star pada 14 januari 2013 yg lalu

Auditor.??



  An auditor should be

in this life we cannot "owe duty of care" of our relation with Him and other human being



1. ethical, i.e. fair, truthful, sincere, honest and discreet;

2.open-minded, i.e. willing to consider alternative ideas or points of view;

3.diplomatic, i.e. tactful in dealing with people;

4. observant, i.e. actively aware of physical surroundings and activities;

5. perceptive, i.e. instinctively aware of and able to understand situations;

6.versatile, i.e. adjusts readily to different situations;

7.tenacious, i.e. persistent, focused on achieving objectives;

8. decisive, i.e. reaches timely conclusions based on logical reasoning and analysis;

9.self-reliant, i.e. acts and functions independently while interacting effectively with others.













Malaikat are the perfect auditor because we cannot hide any "material misstatement" with them. they will record every single thing that we are doing.

Saturday, January 19, 2013

Siapakah Orang Berjaya?


Orang yang berjaya adalah mereka yang berani

Orang yang berjaya, mereka BERANI ambil tahu, apa yang orang gagal tidak mahu tahu.
Orang berjaya, mereka BERANI buat apa yang orang gagal tidak mahu buat.
Orang berjaya, mereka BERANI fikir apa yang orang gagal tidak mahu fikir.
Orang berjaya, mereka BERANI capai apa yang orang gagal tidak mahu capai.
Orang berjaya, BERANI memberi atau berkongsi apa yang orang gagal
 tidak mahu beri atau kongsi.
Orang berjaya, BERANI berdoa perkara yang orang gagal takut nak doa.
Orang berjaya, BERANI bertindak berterusan di dalam apa yang mereka percaya, tetapi orang gagal sangat mudah ikut cakap orang lain yang gagal dan mudah berputus asa.
Orang berjaya, tahu banyak ilmu kejayaan dan bertindak melakukan, sedangkan orang gagal tidak ada ilmu tetapi cuba untuk bertindak. -DOA-

Hafidz azhari 2013

hye.. Assalamualaikum.. alhamdulillah Allah izin kan saya utk update blog pada tahun baru ni.

2013

ada sedikit pemambahbaikan yg saya dah buat pada blog saya semoga dapat memberi manfaat pada pembaca. Saya harap kawan2 yg ada disekeliling saya terus support saya supaya saya dapat capai apa yg saya hajati selama ini.. 

Let's enjoy some picture..









banyak kata2 peransang dan motivasi saya ambil dari salah seorang mentor saya iaitu Dr. Azizan Osman. salah seorang insan yg sangat saya kagumi akan kejayaan yang beliau telah capai.. InsyaAllah the next 10 years i will be like him. 2023 i'm coming..